Mulanya Disini.....

Sunday, March 11, 2012

Tak perlu kata apa2..

Makin hari makin bingung...
masalah datang tak pernah pergi..
fikiran kusut hanya diri sendiri yang mentafsir apa sebenarnya permasalahan..
sementelah hati berbisik untuk membiarkan saja...

Kesian orang-orangan yang menjadi mangsa
dek kerana kemarahan melampau
melempiaskan amarah tanpa melihat siapa di sekeliling..
orang-orangan itu menangis pilu..
sambil terfikir apa akan berlaku selepas ini...
hati berkata-kata tapi mulut sukar untuk mengucapkan..
kesian orang-orangan itu...

Kata-kata tu doa,
jangan kau membiarkan orang-orangan itu berkata-kata,
kerana jika terluah pasti termakbul..
orang-orangan itu IBU mu yang melahirkan kau..
kesian....

Airmata menjadi peneman setia orang-orangan itu..
terduduk di tepi tangga menahan rasa kesayuan..
Mengenang nasib diri, mempersoalkan takdir..
kenapa mengapa bagaimana....
aduh hati kecil orang-orangan merintih...
kesian....

Wahai si anak..fahami dan mengertilah apa yang tersirat
di sudut hati kecil orang-orangan aka ibumu..
percayala satu tika nanti kau juga akan menjadi seorang ibu...
hidup umpama putaran roda..
kau pasti merasa akan kebawah....
sebanyak mana marahmu dengan orang lain...
jangan sekali lempiaskan kemarahan pada ibumu...

hargailah ibumu semasa hayatnya....i love u mum....


No comments:

Post a Comment