Mulanya Disini.....

Friday, December 31, 2010

3..2..1.....Happy New Year all....

3..2..1.. Happy new year all..selamat tinggal tahun 2010....
sedeyyy...
1 minute lagi.....
berdebar...
45saat..
30saat
20saat
10saat
5saat

welcome 2011.....



Goodbye 2010....
I'll miss you seriously....

Banyak benda pahit manis sepanjang tahun 2010..
sedey weii..aku dah 28tahun huh~~ betul ke? aku macam nak pitam x pecaya..

Boleh tak kita stop sehari..utk tahun ni je,
kita ganjakkan ke 32/12/2010..kiranya lusa baru 1/jan/2011...
Please..please bagitau PM la supaya esok 32hb..serius ni..
buatla walau apa cara sekalipun..huhu

Mimpi..

Korang pernah tak mimpi jumpa and makan sesama dengan x-couple(ops ade declare ke tak ni) :)..and dia lak bawa wife dia.. sangat x best la mimpi macam ni kan...

Dalam mimpi aku tu kan aku rasa best sangat coz dapat jumpa dia...tapi yang tak best tu wife dia ade same la..makan sesama buat2 cool la konon, walhal aku tau masing2 (aku n wife dia) ada perasaan jeles..tapi dalam mimpi tu siap aku teringat kat bf aku sekarang hehehe..dia bertambah sweet tak macam sekarang dia semakin sihat walafiat..maklum aje la dia kan ade yang jaga dah :(....

nota kaki: aku terbayang2 aje mimpi tu :) aku tengok fb dia....semoga ko bahagia hingga ke akhir hayat amin....

Thursday, December 30, 2010

I Love Picnic....

Owh hari ini adalah hari yang teramat best aku rasa...kenangan yang best di penghujung tahun 2010...picnic yang tak dirancang, rancang tak sampai berapa minit terus jadi punya...mulanya tak mahu pegi coz terikat dengan komitmen kedai,al-maklum sajalah itu je punca pendapatan aku untuk menampung segala hutang piutang aku..kalau aku tutup maknanya tak ada la rezeki aku :)...

Citenya mula cam ni..aku chat ngan ija (cousinku), then dia kata jom g picnic..ingatkan dia memain,aku pun ok aje la.. kebetulan masih ada 4 sit kosong, apalagi bawakla mak,an,pila n aiza..nasib baik masa tu mama dah masak nasi..ayam pun dah dikeluarkan dari aisbox senang aje la keja...aku xpress je, ayam masak kicap...labu muda tumis je..dengan pucuk timun jepun+ sardine..kul 10.10am bertolak to Mahua...

Wednesday, December 29, 2010

Diet ikut jenis darah...

Aku terbaca satu atikel ni dari salah satu blog diari diet sya..oowhh rupanya diet ni ade gak ikut jenis darah yer...hurmmm aku ni tergolong dalam golongan darah O...kat bawah ni ada diet yang sesuai untuk golongan darah jenis '0'

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

CIRI KHAS GOLONGAN DARAH O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

sudirman_aku penganggur



Lagu itu macam sesuai je untuk aku..kredit to Allayarham Sudirman Arshad..Jangan ku dipanadang hina kerana aku sorang penganggur..apa makna penganggur erk?? nanti la aku search dulu dekat google..

Pernah satu ketika dulu aku terasa seakan di hina...bukan orang lain pun keluarga sendiri juga hurrmm tapi aku tak kisah semua tu, yang penting aku x menyusahkan orang lain...walaupun aku bukan seorang yang berkkerjaya at least aku masih boleh mendapatkan rezeki dengan bisnes yang aku lakukan...rezeki ada dimana-mana, aku pegang kata2 itu..yang penting berusaha...sebab itulah wujudnya kata2 usaha tangga kejayaan...

Who cares kata orang lain...aiman tak kisah..cakaplah selagi korang x puas..setiap orang memang ada keinginan untuk mendapatkan pekerjaan yang menjamin masa depan..tapi istilah menjamin masa depan tu dah macam kurang sesuai digunakan masa kini...Ramai juga penjawat-penjawat awam yang berhutang keliling pinggang...ramai juga yang susah...awal tahun mungkin ade lah duit..pertengahan dah sengkek menunggu akhir bulan :)...so lebih baik buat bisnes sendiri even tak ada gaji bulanan at least masih boleh buat simpanan sedikit..

Memang banyak kelebihan pada orang2 yang bkerja dengan gomen..mudah buat loan..mudah dalam segala hal..tapi itu kan semuanya hutang..beli kereta baru...rumah besar..tapi hakikat nya hidup dalam tekanan...serba serbi x cukup terpaksa mengikat perut sebelum hujung bulan...untuk yang bekerja di daerah yang kos hidup masih sederhana mungkin boleh tahan..tapi cuba fikirkan macamana yang tinggal di bandar yang kos hidupnya tinggi, seperti d Kuala lumpur atau Johor atau yang sewaktu dengannya??

Tuesday, December 28, 2010

Customer always right..

Customer always right (cakap ong putih)..pelanggan adala raja (indon kata)...kenapa tiba2 aku tulis entry macam ni? huh~~~

Serius..aku sakit hati bila ada cust balik2 nak tanya tentang harga..imagine aja la..terang2 ada harga pada barang mau lagi tanya ciss..kalau mood ok, senyummm..kalau x ok "aik,harga tdk berubah..kan ada harga tu" muka pula berkerut, pasti cust perasan perubahan air muka...bosan pula menjawab soalan2 bonus...kalau buta huruf tak pe juga, ini tidak masih sumandak2 yang tanya...apa tanda harga yang aku lekatkan tu susah sangat ke nak baca?!

Tadi ada satu cust datang..aku dah kata harga minuman botol rm1.00, ni asyik2 tanya yang oren berapa? yng cola berapa? yang sarsi berapa? apa punya bodoh! lepas tu dia kata " eh tak jadi la macam haus tapi x boleh habiskan"..x ke sakit hati ...ngek ngek ngek dah lah bau macam om sampai pening2 kepala aku last2 x jadi pula huh!!!

makan..makan..makan

Takut pula tengok ni pic...deiii

Aktiviti makan2 ni aku rasa tak berkesudahan dan semakin hari KILO aku semakin naik..fuyooo wa cakap sama lu la..wa tatau wooo...semalam nasib baek tak jadi nak p kfc kalau tidak kompom sekilo lagi naik huhuhu sangat menyesakkan fikiran nak cari cara diet yang paling berkesan...

Sabtu lepas g makan kenduri rumah dzuan...hurmm malam pulak tu..nasik kontrol giler la..tapi makan ikan..sup...2x5 je menggemukkan aku...balik umah dah kenyang x sah kalau x mengantuk..peduli apa aku..tidur~~~~ proses pembentukan lemak dah bermula.....

Ahad memang syok..ada makan2 lagi..pening kepala den cinabeii tolll..awat la aktiviti makan ni berterusan tanpa henti?? Kinol anak m.piah buat kenduri kawen..nikah dah lama cuma buat ramai2 di dewan,,poie laie...makan la aku ...tapi alhamdulillah makanan tak berapa sedap so aku x makan banyak...bukan nak komen tapi serius aku kata..masin sangat hahaha (ketawa jahat)..lepas tu ada kenduri kawen d kampung baginda mulanya nak p tapi last2 cancle suh si ann p...aku terus buka kedai...

nampaknya aktiviti makan ni sering merosakkan program diet aku huhu....semalam x jadi p KFC aku goreng mee 2 bgks aku sulis parida n an yang melantak padahal 2 orang tu dah p makan tempat si rupert....

Friday, December 24, 2010

Begitukah akhirnya??

Kelmarin aku dah berjanji dengan kawan2 aku wiah n atie untuk b'jumpa di kk...seperti biasa pilihan aku masa kini ialah dengan menaiki bas yang mana kos perjalanan lebih murah berbanding dengan kos teksi....Masa tue bas Bumiputera yang selalu ku naiki telah lama bertolak, nasib baik bas mini masih banyak nasib aku agak baik untuk hari ini...
Aku menunggu penumpang lain dalam kereta..ya ampun cuaca yang amat panas sekali...nasib baik la ramai penumpang untuk ke kk hari semalam dan aku tidak menunggu terlalu lama dalam bas...
Dalam aku merungut sebab bas lambat penuh masuk seorang perempuan (berbangsa plpn)yang ku kira berumur lingkungan 28tahun masuk dan duduk bersama sorang perempuan dalam 3tahun dan 3 orang adik lelakinya...kebetulan dia duduk di tepi tingkap...dan di tepi tu berdiri seorang lelaki yang ku kira suaminya berdasarkan panggilan abang dan tentunya anak kecil itu adalah anak mereka berdua....
Sebelum bas bergerak perempuan tu bersalaman dengan suaminya dan mencium pp suaminya...
masih terngiang pmpuan tu berkata "selalu sms sayang kok" dan dia terus menangis...persoalan bermain di fikiran ku...kenapa dia menangis? adakah kerana dia itu isteri entah yang keberapa dan hidup berjauhan dengan suaminya?....kenapa anak dia memandang sayu dan berkata..ibu nak bapa....ibu nak bapa...adakah kerana dia jarang bertemu??
Ini kah yang aku akan lalui satu masa nanti....terpaksa berjauhan..atas dasar nama seorang isteri tetapi tidak seperti orang lain??......aku termangu sendirian...sehinggala aku terlelap....

Thinking of you~~~

Its heavy raining outside,
so cold...
Until i wanna cuddle
ownself here...
Inside my blanket
..warm..
My mind was thinking..
thinking of you
my Love...
Why im so worried?
maybe im thinking too much..
thinking of you again...
and again and again
until make myself
sad......
but why my Love...
I dont Know why??
and im still find out an answer
until now...
My Love....
No matter what~~
I will always be with you...
even i know its a lil bit hurts..
I will survive for you,
I hold for you
I will smile,laugh
and happy always just for you...
and My Love,
I want you to Know
that
You're my strength,
my Inspiration...
I cant Live without
You...
I love you til the end~~~~
Love you so much

Monday, December 20, 2010

Azam...

Hari ni dah 20hb December 2010...tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2010..aduh...umur aku semakin meningkat setahun...dan nampaknya aku semakin tua setahun...umur semakin meningkat tapi belum ada pencapaian yang membanggakan..hurmmm entahlah...

orang sekeliling mesti mengata aku..huhuhu tapi ada aku kisah?? sebelum mengata lebih baik beli cermin dulu hahaha....dah nak tahun 2011 apa azam aku kali ini...entahla, sebab aku rasa azam2 aku sebelum ni dan tahun2 lepas masih banyak yang belum terlaksana...aku masih banyak berhutang dengan azam2 aku yang terdahulu....

nanti sambung....kalau rajin.,...

Program Hancuss...

Lama rasanya aku ni x memblog..dengan kesibukan yang melampau (mengalahkan PM pula) sampai tidak ada kesempatan nak memblog..hua hua hua....nampak tak apa tajuk entry kali ni...macam bangang pun ada Gurangak bin Gunsirit betul aku rasa...

Seperti biasa..aku ni eksen je nak berdiet huhu memang will power tu ke london bersama semangat ku yang semakin jauh menghilang..andiy dara kakki...sepa suruh...dengan kad-kad jemputan khawin yang berlambak2 di rumah dan kebetulan aku memang free sebab teringat makan free sebab tu la program diet aku bertambah hancus seperti impian ku yang dah lama hancuss berderai..hahahah merepek tahap kapal terbang dan jet pejuang yang terbang laju...

huhuhu meh aku coret2an sikit pasal selera makan aku yang semakin bertambah seperti air sungai yang melimpah akibat bah!...kin panas..aku suka NASIK kenapa aku suka NASIK sebab dia sedap dan MENGEMUKKAN...apa lagi kalau ada tuhau..pergh..ada ayam...huhuhu ada kerabu mangga..memang bertambah ja nasi tu....orang kata sikit2 lama2 bertambah2..memang x boleh pakai kata pepatah tu..cisss..sikit2 lama2 jadi bukit...memang macam bukit dah perutku yang dulu ramping bak kerengga hahahaha....lepas ni kakak aku Ina and adik aku Pila suka lah tu hahah sebab dulu aku teria tak makan nasi cisss x boleh jadi....

Sabtu lepas aku seperti biasa meniaga menambahkan rezeki..and serius aku memang x makan langsung..tapi dah lama sikit berut bergendang tali kecapi..pelan2 menyusup ke gerai makan minta soto kecil semangkuk....lepas tu minum cendol kkkiiiheeeiii...punya sadap makan..balik rumah dengan perut kosong terus tidur...kul 1.30 g mahua..beli keropok+kacang+100 plus+aiskrim bekas besar+mineral water..sampai atas x makan pun makan aiskrim jer....turun bawah g singgah kedai makan restoran PUTERI di tambunan..diharapkan ni la kali pertama dan terakhir sebab masakan hampeh macam tempe...ada ke patut sup macam air n garam ajer...kalau bukan kerana lapar sorry naik lori..nasib baik x makan soto hahahha jaid makan soto aku makan mee goreng yang keras macam batu..sepa yang pakai gg palsu kompom tertanggal hahahha.....DIET HANCURRR!!!

Ahad...breakfast makan bubur nasi yang telah menyebabkan aku kembung perut....kul 3 g kenduri kawen....makan NASIK!! dengan daging..ikan sweet and sour..dengan ayam..dengan bla bla bla.....singgah Damai beli kuih pisang and makan kepak ayam 1...DIET HANCURRR!!

hari ni awal pagi makan roti campur telur!! lepas tu nugget 2ketul...aduh perut macam terasa kembang..awal pagi dah membedal roti 3 4keping....sepa nak tolong aku ni....berat dah naik 3 kilo.....

TOLONG...TOLONG...TOLONG!!!!

Monday, December 13, 2010

telefon..telefon berbunyi....



Best tak lagu ni..paling best time phone tu ringing kan..ahahha macam tu la aku rasa sekarang ni....kul 1.35pm hp ku berbunyi..terkejut den ingatkan sape la..huh~~ kurr semangat...hari ke 52 baru dapat bercakap dengan dear..padahal baru plan nak majuk panjang if hari ni dia tak call...owhh rupanya baru dapat call coz hp simpan kat office...i know y hikhik neway thanks my dear..........

Saturday, December 11, 2010

Kalau perempuan......

Kalau perempuan cantik pendiam
Lelaki akan kata :: Wow ! Ciri² isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata :: Tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata :: Mesti ada krisis nih... Kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata :: Dahla tak lawa, perangai plak mcm sial !!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata :: Wow !!! Heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata :: Hmmm... Taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata :: Ok la, bagai pinang di belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata :: Kesian... Mesti dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik ditinggalkan kekasih
Lelaki akan kata :: Buta kayu betol mamat tu !!!
Kalau perempuan tak cantik ditinggalkan kekasih
Lelaki akan kata :: Patut pun kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata :: Ntah Dato' mana la yang bela dia ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata :: Mesti anak org kaya ni...

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata :: Wah, caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata :: Elleh, gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata :: Don't worry, I will make you happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata :: Sikit² nangis !!! Gembeng tol. Ngade² la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata :: Dah la lawa, pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata :: Ntah sedap ke tidak tu...

Kalau perempuan cantik main² missed call
Lelaki akan kata :: Syoknye, rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main² missed call
Lelaki akan kata :: Ko ni takde keje lain ke ??? Sibuk ni tau tak !!!

Kalau perempuan cantik hantar e-mail hari²
Lelaki akan kata :: Sukenyer...
Kalau perempuan tak cantik hantar² e-mail
Lelaki akan kata :: Asyik² e-mail dia... Boring sungguh la !!

Nota kaki: aku ni memang cantek........xde sape nak puji biaq aku puji diri sendiri nooo...hehhe

Friday, December 10, 2010

Hari ke2...

1. Breakfast -----> sepeket Rxlite dengan 4keping biskut
2. Lunch ----> sayur kobis je dengan ikan
3. Makan petang ----> nasi 2 sudu makan + kobis n ikan...
4. Makan malam around kul 7----> biskut, telur sebiji, kuih sebijik huhuhu ni ke diet????

Masih perlu berusaha untuk kurangkan pengambilan makanan...sungguh x seimbang hahahah...aku yakin dengan diri aku untuk berdiet tapi ....emm apapun semuanya bergantung pada diri sendiri..cayok cayokkk

Diet utk 1st day...

Korang tau x hari ni hari pertama aku diet...pagi2 minum sepeket rxlite...masak untuk tukang2 kat umah...masak sup then masak bihun sup sikit utk lunch :) ....

kul 12pm g pekan dengan cousin n her son...CIMB-Dubai collection (carik baju utk duan kawen)-Fitrah-Golden rose collection dapat 1 baju kebaya rm105.00-makan d Sri Keningau (ija spend)-survey-Hiaplee-mee woo (last destination d pekan)-Tadika cahayaku (hantar hanger) kul 6.30 sampai umah-Kampung Lambanga (umah kenduri) huhuhu imagine penatnyaaaa..

petang tu masa g Sri Keningau.makan nasi sikit..telur masin n babat...Sepanjang perjalanan tu aku makan roti dari ekonomi bakery..sampai umah duan aku makan ayam masak kicap sket..huhuhu bolehlah tahan sekejap...

insyallah aku nak tekadkan hati n kuatkan semangat untuk DIET....misi hari ni hampir failed! huhuhu

Wednesday, December 8, 2010

Sakit dada sesak nafas......

Sepanjang hari ni aku rasa tak selesa okeh! sakit rasanya dada aku n terasa sesak nafas..macam tak tahan pulak cisss..dalam fikiran aku, kalau aku mati macamana?? aku takut mati....memang aku takut amalan aku masih 0...masih banyak benda yang aku belum buat...aduhhh~~ (sedih sekejap)

SNTN & SNT.KFC


Tetiba je aku terjaga dari tidur yang lena...yang selama beberapa bulan ni aku masih liat nak terjaga..huhu ni sume pasal diet la..cissss...aku nak cite sikit pasal diet aku ni..sebelum ni aku dah selalu la minum produk2 yang berada p pasaran ni huhuhu...tapi duit aje terbuang berat tetap sama..ni semua sebab x disiplin la pasal tu badan x turun2..ade juga ribu la duit aku habis di sebabkan nak diet jer..huhuhu...cuma justmate5 tu berat aku ada kurang la tapi still x jaga makan so naik balik.....

Baru je tadi dear sms tanya pasal berat badan..dia kata control......nanti jadi 5tan..pulak dah huhu..yeah caiyok2 aku nak lawan my kak n my adik..pergh..meh kita sama2 jadi kurus..aku semakin risau tukang jahit selalu silap jahitkan aku baju..entah kecil sangat aku rasa hahahah...

sempena Maal Hijrah ni..taun baru kepada Umat Islam..aku nak berubah dari besar kepada yang kecil insyallah..huhu nekad ni..so marila sama2 kita mendietkan diri and SAY NO TO NASI...heheheh


Ni produk yang aku baru nak beli..nak try...huhuhu

Alhamdulillah berat aku ade kurang sikit cuma aku x berkemampuan nak
beli coz mahal sangat..ada 3set aku minum

Aku x tau apesal aku gila p guna pduk ni..huhu x da manfaat utk diri aku....

Ahaha aku rasa time aku try produk ni la duit aku beratus rugi...aku beli
2 set and tak habis pun aku minum huhu...penyediaan nak minum
bendalah ni sangatla leceh..so dinasihatkan sesape yang
memang x suka keja leceh toksah la amik hikhik

Produk ni aku try juga ada 2 set jugak la cumanya penurunan tu memang x nampak..
last2 aku macam nak mati tercekik coz banyak sangat capsule nak telan..Last2
aku bagi mama aku minum....

Ni la produk yang mula2 sekali aku try..huhu memang keja membuang aje la..
dah tu bila nak buang cepat aje nak keluar..memulas beb!





Tuesday, December 7, 2010

Picnic yang tak dirancang...

Semalam aku chat dengan ija pasal plan dorang nak picnic di pamilan..aku ni asal dengar pasal sungai memang no 1..kalau laut tu kureng sikit la kot...mula2 tu memang tak berbesar hati pun nak pi...banyak benda yang aku nak kena settle..aku nak beli barang kedai, makanan dah tak ada dah pun so kenalah beli itu kan daya penarik untuk kedai runcit..

Pagi-pagi time aku mandi jaid call aku..mak kata jaid x nak bagitau apesal..so aku call back n jaid kata dia naj ajak picnic sama tapi depa penuh so aku terus bersiap nak ke Pekan beli barang..aku dah bersiap nak jalan jaid call n kata sedia..kita jalan kejap lagi hurm aku ape lagi teruslah amik beg..bawa baju and seluar mandi heheheh barang2 lain aku dah memang x ingat coz berapa minit je selang jaid call dia dah sampai depan umah...kelam kabut aku dibuatnya.

Sampai depan kedai..makcik sampai dengan ixora ija..kebetulan ada 2 kosong n makcik suh mama n an bersiap hahah kelam kabut dorang bersiap..kitaorang jalan dulu....tapi patah balik coz wallet jaid tertinggal heheheh..singgah petronas beli makanan terus jalan.....


mama and her sister
Antara rombongan picnic...

sempat bergambar kenangan sebelum balik....

selamat jalan kalau sudi datang lagi.....

Mengantuknye~~

Sunyi sungguh pagi ini tinggal aku sorang je lagi yang belum tidur, sekarang ni jam sudah menunjukkan pukul 4am, tapi aku still tak boleh lelapkan mata...entahlah aku pun x tahu apa sebenarnya yang membuatkan aku tak boleh tidur..layan fb..aku chat dengan kak Beth..dengan kawan lama..dengan kawan baru huhuhu...lepas tu tengok pula cerita channel 702 held hostage...sedih dan sakit hati tengok cerita tu..sebenarnya aku tengok cerita tu pun dah dipertengahan poon layan~~~....

Aku tak tahu nak buat ape lagi supaya aku boleh tidur..huh~~nak berfb pun rasa dah boring coz kawan2 dah ramai yang tidur..aduh confirm esok ni aku mengantuk gila..ciss....

Dear ada sms me tapi disebabkan terleka tengok cite tu terlambat la pulak nak reply..dah habis cite baru send hurmm dear dah x reply..maybe dear dah tidur :) nak buat macamana ..esok aje la reply.....




Friday, December 3, 2010

Stress.....


Stress..stress..stress... aku stress gila2 tahap babun! mood aku dari elok aje terus bertukar jadi tak ok..budak2 buat bising siap kena marah..semua serba tak kena..betul kata dear aku ni memang sukar untuk mengawal perasaan marah aku..huh~~~

kenapa la begini akhirnya...apa yang aku sangkakan tidak menjadi kenyataan...bukan rezeki orang kata nak buat macamana..apapun aku dah buat yang terbaik dapat tak dapat belakang kira :( ......

Thursday, December 2, 2010

8 hari lagi..................

8 hari lagi dear akan balik......

Berat yang semakin bertambah...........

Aku tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! itu je aku nak bagi tau..berat aku semakin naik..chin aku semakin nampak huhu i mean dah double lagi..aku sedih damn tolll~~~ aku nyer metabolisma ni rendah susah sangat nak turun berat ....bangang tahap gobuk buta betul...

Hari ni dear sms tanya pasal berat pergh~~~ siottttttt aku x tau macamana nak cakap cuma aku cakap kat dear...."abang, berat anim makin bertambah..tolong"~~~~dear cuma jawab "Nafsu makan ni dalaman cuba puasa isnin dan khamis then control lepas tu, bini abang sure ok" huhuhu ok apenya ! aku cakap lagi " abg, anim x boleh control nafsu makan..lagi2 kalau tengah tension.abang tau kan?" boleh tak dear gelak "hahahahaha itu will power.takan dok makan nasi lagi..dulu kan dah boleh control?"

Waduh2 ..emangnya kalau aku dah besar nggak cocok dengan dear ya? itu maksudmu? huhu dear sms lagi......"waaahh kalau macam tu 57kilo dah jauh ketinggalan..tak boleh jadi ni..Berapa kilo naik lepas turun 9kilo dulu?"

4 kilo dearrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.........

Nota kaki: Lepas ni cuba2 la diet yerrrrr.....

kisah lupa.......

Cerita pasal lupa ni..setiap manusia mesti pernah terlupa atau pura-pura atau yang sewaktu dengannya huhuhu...orang kata kalau selalu terlupa tu banyak termakan semut benar ka? erm mungkin ya mungkin tidak..aku ni terlupa bukan sebab banyak termakan semut kali, tapi kisah semalam tu terlampau asyik berfb..

Alkisahnya begini aku jerang air di dapur gas...aku kecikkkkan api then berfbooking la sudah beberapa jam sejak pukul 10-12 malam aku nak tidur kononnya..aku langsung tak ingat pasal air yang aku masak tu....huhuhu adik aku keluar dr bilik coz terhidu bau terbakar..dia terus meluru ke dapur rupa-rupanya pemegang kat tutup cerek tu dah cair n cerek tu dah memang kering tahap gaban dah alhamdulillah adik aku tersedar kalau tidak nauzubillah.....macamana aku boleh lupa ni...

Sebenarnua ni bukan pertama kali aku terlupa..dah berkali2 tapi entahla..nak kata aku tak beringat memang aku beringat tapi.......nasib baikk takde benda buruk berlaku...tobat selepas ini...hahah mama suh ganti balik cerek dia yang dah rosak kihkihkih

Nota kaki: lain kali kalu nak masak tu jangan buat keja yang boleh terlalai huhuhu contohnya gaming...aduhaiiii....beringat sebelum sesuatu perkara buruk berlaku...