Mulanya Disini.....

Sunday, October 31, 2010

31.10.10

31.10.2010 tinggal beberapa jam lagi bulan 10 akan berakhir dan bermulanya bulan 11..apa yang menarik pada bulan OKTOBER ni yer?

1. 10.10.10 Dear balik daripada England...
2. 14.10.10 birthday my dear yang ke ?
3. 23.10.10 Dear bertolak ke Madinah untuk menunaikan ibadah haji

Yang lain2 tu aku tak kisah dan tak nak amik tau...

Hari juga aku rasa tak berapa tenteram..dear x banyak sms aku..esok dear dah nak buat persiapan dengan pakaian ihram coz 2.11.2010 dear dah nak ke mekkah menunaikan ibadah Haji..semoga dear dapat haji mabrur...

Kenapa dear diam je? dear dah berubah? aku tak sanggup menghadapi hari2 tanpa dear....semoga Allah merestui hubungan kami

Saturday, October 30, 2010

Dear demam...

Hari ni rutin seperti biasa untuk sabtu...i love saturday so much...the days that can give me much money..After pasar go back home hurmm..so tired..semua benda kena buat sendirian berhad..

Teringat time kecik2 dulu, nak minta duit macam senang je ..patutla bukan semua benda boleh dapat dengan mudah..penat rupanya cari duit dengan usaha sendiri...penat..penat..penat

Aku sms dear but report still pending..why?? risau pulak..hari tu dear demam hope dear dah ok...11.33am dear sms, masuk wad dekat madinah..dear demam dan x sedar..kesian dear simpati dengan keadaan dear...aku doakan dear cepat sembuh dari demam...

Dear ada kata maybe demam ni mungkin berkaitan dengan penyucian dosa..Ya Allah kau maha pengampun dan maha mengasihi..ampunila segala dosa yang pernah aku lakukan..aku tetiba jadi sangat dengan balasan hari akhirat..Nauzubillah semoga Allah menerima taubatku...Aku takut..takutt sangat...

Sms dear yang last buat aku tersentuh dan terharu...."kasih sayang abang terhadap anim tak pernah pudar sayang" ya Allah semoga hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat dan semoga orang-orang di sekililing kami mampu menerima perhubungan kami yang sudah terjalin.....Amin

Thursday, October 28, 2010

New Biz

Ni dah siap pack nak hantar kepada pembeli...chaiyok2 ...

Alhamdulillah aku ada buat new biz..hurm jual detox and hanger multipurpose..Sambutan yang amat menggalakkan..tak sangka pula hanger tu laris seperti pisang panas..Maunya tak nak beli..murah ajeeee..harganya cuma 30.00 duit malaysia tau bukan rupiah bukan dollar hahahah...Thanks to my dear coz give me Modal of the business ...thanks sangat2 ok..ok....kita bagi 2 keuntungan boleh kalau tak pun bagi chance kat bini la pegang semua duit tu hihikhik ...

Susah tau nak promote kat orang..ade yang kata barang tu murah kat KL tapi x ingat keee kos penghantaran kan ke mahal huhuhu....tapi takpe yang penting barang dah laris and sekarang ni tengah tunggu stok ke2 sampai....


Hari ke5

Baru dapat update blog untuk hari ni...sedar tak sedar dear dah berada di Madinah selama 5 hari.. Alhamdulillah aku pun takder la merasa tension sangat..lagipun dear ada sms aku jugak..thanks sayang......luv u more than yesterday...semoga impian kita menjadi kenyataan dan semoga Allah memperkenankan doa kita untuk bersama...

Sms-sms dear makin menguatkan rasa kasih dan sayang aku pada dear..Alhamdulillah dear tidak pernah melupakan aku sentiasa mendoakan aku semoga murah rezeki dan sajehtera selalu....thanks sangat2 dear...

Hari ni dear sakit demam...dear kata mungkin berkaitan dengan penyucian dosa..kesian dear demam dan tak larat... jadi sedih..macamana keadaan dear disana...aku cuma mampu mendoakan semoga dear sembuh cepat-cepat supaya dapat melakukan ibadah di sana dengan lebih selesa dan bertenaga.....

"Abang dah doa kat Raudah untuk memudahkan rezeki sayang mudahkan jodoh dan mudahkan urusan kita"

"Abang demam malam tadi, pagi ni lewat sikit pegi subuh..selalu abg pegi awal solat tahjud dan istiqarah,taubat dan hajat..hari ni tak daya" (semoga abang cepat sembuh)

"2hb baru gerak ke mekah..masa tu baru tawaf. Batuk dan selesma..dah makan ubat"

tu antara msg2 dear...sayang abang tq kerana terus ingat dengan aku...semoga semuanya selamat disana amin....

Sunday, October 24, 2010

Hari 1

Today is the 1st day dear at Tanah Suci Makkah and i hope everything gonna be ok...Sedih tul hari2 yang sunyi tanpa dear...takkan ada lagi bunyi tepon e75 tu memang akan senyap aje...mood pun takde...erm aku harap bila aku tension tak ade la nak makan aje....

Aku teringat bout our conversations yesterday night and its hurt me n make me cry...

Dear said "Macamana kalau abang pergi tak kembali?" ..i dont know how to answer this question actually..and i'm crying for that time...diam tak terkata..speechless... Ya Allah kau selamatkan la dia dari sebarang kejadian yang tidak baik.....panjangkanla umur dia...aminn...

" Tempat ni lain sayang..tak sama seperti London..Scotland dan x akan sama dengan semua..Ni RUMAH ALLAH sayang..RUMAH ALLAH... " alhamdulillah dear kerana dah terpilih menjadi tetamu ke Rumah Allah.....

"Abang akan doakan kebahagiaan kita...semoga sayang berjaya..semoga kita murah rezeki" tq dear..semoga apa yang di doakan akan dimakbulkan tuhan amin...

Friday, October 22, 2010

Esok yang sangat menyesakkan...

Hari ni mungkin hari yang last between aku dan dear..ops i mean last untuk kami gayut ok..esok dear dah nak p menunaikan Haji di Makkah selama 48days...actually i still can't imagine macamana nak lalui hari-hari tanpa dear d sisi...

Sebelum ni dear pernah tinggalkan aku selama 21days..time tu dear bercuti ke England bersama2 dengan yang sorang...then baru2 ni dear tinggalkan lagi aku selama 14hari pergh..dear tau tak yang penantian tu satu penyiksaan..now dear nak tinggalkan lagi selama 48days pergh..memang dugaan sunggu hubungan kita ni sayang...

Aku tak kisah sebenarnya dear nak tinggalkan aku and pergi jauuuhhh kat sana tapi mestilah bersyarat...dear kena contac and tell me apa plan dear..kalau diam membisu seribu bahasa memang lah naik hangin...dear aku ni sedia maklum tentang aku...

Kesabaran paling penting dalam perhubungan macam kita ni kan dear? terpaksa tinggal berjauhan...dah hampir 5 tahun hubungan kita dear..entah apalah kesudahannya....banyak kenangan kita bersama tapi adakah kenangan itu semua menjamin yang kita akan kekal terus bersama? Oh my dear aku semakin risau memikirkan semua itu....

Friday, October 15, 2010

Alhamdulillah...

Hari ni berlalu seperti hari2 biasa...rutin harian aku kat kedai...Abang call after solat subuh..and pukul 7am abang call back n seperti biasa borak2 dengan abang...Abang bagitahu dapat call dari tabung haji..abang akan menunaikan haji pada 23.10.2010......sebaknya aku rasa...rasa macam nak menangis....

Abang baru je balik dari england 10.10.2010 after 14hari di situ ...sekarang abang dah nak jalan lagi..what to do...erm

Thursday, October 14, 2010

Happy birthday dear...


Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to you sayang...
Happy birthday to you...

Sayang...selamat ulang tahun yang ke **
semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa
di berikan kesihatan..
semoga impian kita bersama tercapai...
Sayang abang...

Sayang....
sedih rasanya bila bukan menjadi orang
yang pertama yang wish birthday abang..
Abang call 12.25am tadi
bukan lupa tapi tak ingat
dalam keadaan yang mamaikan..

Anim tetap sayang abang selamanya...
Thanks sayang..

HAPPY BIRTHDAY SAYANG...

Saturday, October 9, 2010

Menunggu sesuatu yang x pasti

Hari ni abang balik from England...esok sampai lah tu...Mana janji abang? nak contac time kat england? semuanya TIPU...semuanya TIPU BELAKA..aku menanti sesuatu yang x pasti..memang aku geram sangat dengan abang...Just imagine...2 weeks abang kat situ cuma 2 kali contac..alasan fb ada security...hendak seribu daya tak hendak seribu dalih!!!

It's ok..aku pun malas dah nak menanti sesuatu yang tak pasti..aku ni siapa bagi dia..dihubungi jika perlu..Abang x sayang aku dah...emmmm nak buat lagu mana yang di situ lebih penting!! Aku tau bila aku meminta perpisahan abang pasti akan kata "2 minggu je dah mengubah rasa kasih pada abang?" aku pasti itu ayat yang akan abang gunakan....

Cuma 1 yang aku nak kata..aku dah malas nak menanti sesuatu yang tak pasti...sampai BILA?, semuanya ini akan berakhir...aku malas nak fikir...malas untuk segala2nya...lebih baik aku terus bersendirian jika berdua tu menyusahkan dan membebankan kepala hotak aku...

Rasanya jika hubungan ini terlalu menyusahkan PERPISAHAN itu adalah jalan yang palin terbaik...Tinggalkan aku..tingalkan aku untuk selamanya...semoga kau lebih bahagia jika meninggalkan aku........................................aku rela dalam keterpaksaan!

Friday, October 8, 2010

Entahla....

Entahla....
Aku resah....
aku gelisah..
Tapi kenapa? mengapa?
entahlah!!
sekian dan terima kasih....

Dimanakah cinta?

Hari ni aku terjumpa satu blog entah siapa tuannya..aku pun tak kenal..dalam blog tu semuanya berkaitan dengan bola erm cuma ada satu entry yang berbeza sikit dengan entry2 sebelumnya...jom baca ............

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini

Thursday, October 7, 2010

Amik darah....

Today..aku bangun awal, sempat kemas bilik..harvest tanaman kat farmville..then mandi n bersiap untuk temujanji dengan DR Junainah Amin...lebih kurang jam 8.20am aku bertolak dari rumah untuk ke pekan...Sampai pekan aku terus menuju ke Klinik Dr Junainah Amin..pergh memang ramai la patient dia kat situ, aku ingatkan akula yang terawal kihkihkih...rata2 patient dia wanita and budak2 je..lelaki? aku tak nampak pun..adakah ini menandakan pmpuan ni mudah sakit? (termasuk aku)? hahahha MUNGKIN....

Turn aku...ni antara perbualan aku dengan Dr.Junainah

DJ: macamana kaki dah ok?
Me: Alhamdulillah dok ok sikit...
DJ: tak sakit lagi?
Me: ada sikit sakit..kalau jalan lasak2 memang akan terasa sakit..tapi better than yang hari tu la...
DJ: ok lets me check first (sambil memicit2 kaki aku..kat sendi ibu jari kaki)
Me: dok kat situ x sakit ....haaa kat tepi tu sakit...
DJ: ok kalau macam tu kita amik darah untuk check uric asid ok?
Me: ok dok....
DJ: kita check tekanan darah dulu....takut ka?
Me: sikit,,dulu ppernah nak dermah darah tapi bila check tekanan darah hurmmm terus x jadi..tekanan darah tinggi sebab GEMURUH nampak jarum hahhah
DJ: hahahah biasalah tu kalau takut tengok jarum..rilex ja ya..kita cari urat dulu...erm sebelah kanan ni x nampak urat kecik ja..try kiri pulak sambil tergelak melihat gelagatku..
Me: Dok pelan2....bismilahiromannirrahim...
DJ: haa di sini nampaknya urat tu timbul hehehe...lembutkan tangan.....rilex ..tak sakit
Me:aduh..dok sakit (tutup mata)
DJ: Isk mana ad sakit x sakit pun..sakit ka?
Me:Tidaklah (sambil tersenyum)
DJ: Ok kita check darah ni untuk cari sebab apa kaki/sendi tu sakit..kalau normal alhamdulillah...mungkin cedera..kalau Gout kena pantang la makan .. :)
Me: palis2 dok harap2 bukan gout huhuhu
DJ: Ok saya tak bagi ubat..sapu saja guna ubat yang ada..nanti kalau sudah dapat keputusan pihak kami akan call..apa no tel kamu?
Me: ok dok....019****** thanks ...
DJ: sama2 ...

Dr.Junainah ni baik sangat tats y lah aku selalu ke klinik ni bila ada problem kesihatan..lagipun murah..layanan yang memang baik dan paling penting Dr.Junainah ni MUSLIM.... sama2 la kita membantu orang2 muslim untuk maju....

Delima siswi cintai lelaki 50-an...

SAYA pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berusia 24 tahun dan bakal
menamatkan pengajian. Sebelum ini, saya menjalin hubungan percintaan, tetapi putus di tengah jalan. Kemudian saya bertemu dengan seorang lelaki berusia 50-an yang masih bujang.
Saya bercinta dengannya bukanlah atas dasar harta atau kekayaan, tetapi kerana
kasih sayang serta kematangannya. Kami menjalin hubungan cinta tanpa pengetahuan ibu bapa saya. Bagaimanapun, hubungan kami ini belum diketahui keluarganya. Dia juga sudah menyampaikan hasrat untuk menjadikan saya isterinya selepas tamat pengajian.apa yg harus saya lakukan?adakah benar tindakan saya utk trs menerimanya sbg pasangan hidup.......??

Aku terbaca luahan ni dalam fb...dan aku rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan dan pendapat...

Bagi aku age is just a number..tak ada salah nya pun bercinta dengan lelaki yang lebih berusia...aku melalui pengalaman yang sama dengan siswi di atas..memang aku akui terlalu banyak dugaannya tapi perhubungan seumpama ini kena banyak bersabar. 1 years kitaorang kena and then 4 years kitaorang bercinta..mesti u ols tertanya2 kenapa kami x tak kawen2 sampai ke hari ini....and the answer is...nak mintak restu orang tua...adik beradik pun x suka ..semua pun x suka..

Kenapa tak suka? SEBABNYA:

1. Dia dah tua..bila2 masa boleh jalan..
= Kita ni siapa? kita tahu ke jangka hayat hidup seseorang...Jodoh..ajal dan maut hanya Allah yang mengetahui..korang ade dengar x pasai pengantin perempuan yang hanya beberapa jam je sempat bergelar isteri...sebelum menjadi Balu? ada kan..korang ingat, umur lelaki tu berapa? kalau x silap dalam 20-an...so yang muda ke yang tua ke kalau mati..mati gak....so soal hayat ni tak perlu lah nak kecoh...

2. Dia dah tua masih mampu ke? (sex,kewangan dan lain2)
= sex...:) no comment...tapi dari pembacaan aku kan...lagi tua lagi menjadi kihkihkih
=kewangan...insyallah, rezeki kan ada dimana2 kenalah usaha..nak kata duit turun dari langit aku memang x pernah dengar...bumi Allah ni kan luas...usaha tangga kejayaan...

3. lain2 .....dah kawen insyallah...aku pun tak tahu nak xplain camne walhal dalam kepala hotak aku ni memang banyak sangat nak kuarkan .....nanti2 aje la aku postkan...

Tuesday, October 5, 2010

10 sebab kenapa aku sayang sangat dengan dia!!!

Korang nak tau ke kenapa aku sayang sangat ngan dia n x nak berpisah dengan dia....aku memang sangat sayang dengan dia..lantak la orang nak kata ape ...kata la dia tua ke ..x handsome ke ada aku kisah?? langsung aku tak kisah ok....

1) Dia solat (tang paling aku suka)

2) Dia baik sangat sebab itu aku terpikat dengan dia...

3) Dia Penyayang...x kira dengan budak mana pun...dengan anak sedara aku pun dia rapat..so aku rasa la mesti anak kami nanti akan jadi niceeee macam bapak dia..orang kata like father like son..

4) Dia pandai...banyak benda yang dia pandai...pandai wat keja..pandai mengorat..pandai berhelah pandai pujuk aku(tapi selalu tak terpujuk) pandai amik hati aku..dan segala2 pandai pun dia ada la hahahah tapi pandai yang paling aku suka tu ialah..jeng jeng jeng...otak PINTAR! aku nak anak2 aku nanti semua pandai macam abah dia...

5) Dia ni suka berterus terang...agak2 lah bukan semua la dia bagitau kan ..ada sikit2 aje lah dibagitau....

6) Dia sayang aku...................dia nak bersama dengan aku...(nice nya dia niiii..suko den!)

7) Dia Pandai Math..aku suka orang pandai math supaya anak aku bijak nanti...

8) Dia speaking English ..itu tang yang aku suka,...biar anak2 kami sume reti cakap omputih..hihihi

9) apa yang ke sembilan ni erk??? tunggu masa akan datang...will update later...

Hari ni 5 Okt

Rutin setiap selasa jam 8.30am....
- P pasar buat pembayaran YUM rm88.00+rm10(kutu)+rm1(tabung)..heheheh

Balik dari pasar(tamu) mesti terus buka kedai..almaklum sajala kerja sendiri ...buka kedai ada duit..tutup kedai x da la duit..Tapi aku rasa best pulak berbisnes ni...ye la mana tak nya hari2 dapat pegang duit kan,tak kisah la sikit ke banyak at least tak pernah kekeringan..alaaa yang keja gomen2 tu bukan tak pernah sesak pun kadang2 nama aje keja gomen tapi hutang keliling pinggang kihkihih (aku bukan anti org keja gomen tau) .....

Hari sabtu lepas aku ke KK n shopping kosmetik brand Elianto..aku terfikir tiba2 nak cuba ke bidang baru pulak..ada modal dalam 30K kira dah boleh on la tu..masalahnya 5k pun aku x ada kihkihkh kalau nak cari, sebenarnya boleh aje...Aku berkobar2 ni tapi tu la masalah duit pulak..aku tengok kat keningau ni memang ok lah strategik coz memang tempat yang menjadi tumpuan ramai ...aku nak sangat jadi orang terawal buka kedai untuk produk tu tapi..hurmm nanti hubby balik nak bincang dengan dia dulu...macam best pulak...manalah tau rezeki aku murah kat situ..isk isk isk aku nak juga....

Aku ade gak tanya dengan kawan aku nye kawan dia kata kena ada modal lah if nak buka kedai produk ni..itu kan aku tau la mana ada lak bisnes yang x guna modal kan..(still thinking) aku nak!!! itu aje yang aku nak kata....perghhhhh.......malam tadi aku tak boleh tidur sebab asyik ingat benda tu aje ....kalaulah impian aku tercapai alangkah indahnya.....

Aku mengantuk ..nak tido sat manatahu mimpi jumpa dengan hartawan then dia bagi no tepon leh aku call n minta bantuan.....

Sunday, October 3, 2010

eat Pray Love....

Went to kk yesterday and meet my friend wiah..lapar siot then bawak wiah ke CP dengan keadaan kaki yang berdenyut2 pergh main tahan hati aje nak jalan...having some x-meal (makanan orang diet)and some cheese wedges..memang sah pas ni xtra gumuks la aku...sepa kisah...janji happy....(dalam hati kata jangan)

After jalan2 di center point we going to Suria sabah and the 1st place that we find is Elianto shop...u just imagine i bought 1 eyeliner, 1 lipstik, 1 mascara and the price is rm77.00 hurmmm i dont know berbaloi or not ....

Actually kami nak tengok cerita "magika" dont know how to spell it...tapi orang kat kaunter tu kata tak ada cerita tu sebab 1borneo dah amik...so tukar plan tengok cerita Eat Pray Love..and heroin dia Julia Robert...opening cerita ni agak slow dan membosankan..sampai tertidur d panggung. cerita ni mengisahkan tentang sorang wanita yang x dapat merasakan kasih sayang yang sebenar2nya dan merasakan hidupnya kosong, dia ni merupakan seorang penulis...Julia robert tu janda dalam cerita ni..bertukar pasangan sebanyak 2 kali namun x seorang pun kekal dan dia merasakan takut untuk membuka hati dia untuk lelaki lain...dia mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari diri dia yang sebenar, apa yang dia inginkan..bermula dari italy..rome..dan ke bali kemudian india dan kembali ke bali kalau x silap...di bali dia bertemu dengan sorang pawang yang dikenali sebagai ketut...dan ketut ni konon pandai menilik nasib..dia cakap kat si Julia Robert tu x ada harta...akan berkhawin 2 kali..yang satu tempoh pendek n yang satu tempoh panjang....pertengahan cerita ni dah mula best...dan ending da pun memang best..so kalau mau tengok pi lah tengok di panggung hahahah....

Jam 9.30pm makan d pasar pelipin tapi macam ndak sedap saja sebab mungkin kaki sakit so selera kurang sikit..dapat jumpa dengan student MSU n satu team projek ko-k tapi mungkin dia ndak ingat suda kali....

Balik umah..kaki sakit sangat..umah wiah di sembulan then tingkat 3 aduh bertambah berdenyut kaki aku...main tahan hati aja nangis ja tidak...mandi then sembang dengan wiah tak sedar sudah tertidur hahaha ....

Friday, October 1, 2010

Bestnya...

Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan dan kiri lebih sedikit pada wanita.Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita:


Lelaki: cayang wat air..
Pmpuan: air ape sayang..milo? teh? kopi?

L: milo...
P: milo panas ke milo sejuk bang?
(xnak buat 2 n 3 kali) heheh

L: Aik..ade kopi ke kat umah kita ni sayang?sepanjang kita khawin ni x pernah abang minum kopi?
P: Alamak....

L: Tu la sebelum cakap tu fikir dulu sayang...
P: Kalau fikir dulu maunya siap air abang...

L: Aik baru minta buat air dah kena perli?
P: Bukan perli bang ni jujur,berterus terang kan ke untuk kebahagiaan rumahtangga kita juga?

L: Yelah asam garam berumahtangga...
P: Asam garam habis ke bang?

L: Aik asam garam habis pun awak tak tahu yang?
P: Isk sebab saya tak tahu la saya tanya abang..betul ke asam garam dah habis?

L: Isk macam tu pulak?
P: Habis selama ni abang x pernah rasa ke lauk tanpa garam?

L: Pernah gak masa puasa putih dulu..
P: Dah tu? buat2 tak tahu pulak..

L: Tapi itu duluuuu..lama dah..
P: Ala selama ni la bang..sejak beberapa hari yang lepas...

L: Abang rasa ok ajee..apepun awak masak semua sedap...
P: Aha..nak bodek lah tue?

Indahnya hidup berpasangan jika pandai memahami antara satu sama lain...
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang..dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat..Tetapi mengapa tuhan hanya memberikan kita hanya sekeping hati??? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya...Itulah namanya CINTA.........




Suka-Suki

Hurmm semalam rasanya aku tak singgah pun ke blog baru aku ni huk huk huk agak2 nye nape erk..hurm mesti sebab aku malas, aku bosan, aku saje2 whatever la yang pastinya aku memang x singgah pun...

Nak tau tak semalam kan aku rasa rezeki aku kan murahhhh sangat..bukan semalam aje la tapi sepanjang minggu ni...korang nak tau aku dapat ape??

I) Cekgu aku pada tahun 1994 dah menunaikan janji dia nak bagi aku ikan terubuk masin made in sarawakian..perghhh sedap siot dapat aje terus aku goreng..cekgu kata dah x berapa sedap kalau lama2 tapi bagi aku asal ikan masin memang sedap punya! x caya cubalah makan ubi dengan ikan masin perghhh mesti terangkat punya la..tapi ape lah yang istimewanya ikan terubuk masin sarawak ni erk?? entahlah yang aku tau makan aje ha ha ha

II) Aku dapat Batang buruk dari Johor...batang buruk ni memang dah lama aku tau n makan cuma memang berbeza sikit rasa n bentuknya..yang ni memang 1st time makan ler..Hah korang nak tau x aku dapat dr mana batang buruk tu berserta dengan benih bunga Telang..Aku dapat tu dari member facebook..yer arr hari tu aku kim kan kak Nor Fariza Bte Mohd Nor buat terap..aku pun sebenarnya tak mengharapkan balasan dari kak fiza ..tapi alhamdulillah jugak la kak fiza tu sudi nak kimkan batang buruk tu kat aku...

III) Aku dapat 5ekor ikan terubuk masin dari sarawak lak..yang tu pulak Cekgu AIM yang kimkan namanya Cekgu Azhar..kenal time kat labuan dulu masa tu join lawatan AIM...

IV) Yang last aku dapat ni.."buah cempedak di luar pagar amik galah tolong jolokkan aku budak malas menjolok kalau sudi hantar la lagi heheheh."...cempedak tu dihantar bersama dengan buah manggis..kiranya kenyang jugaklah aku makan buah minggu ni heheheh...semua tu rezeki daripadaNya alhamdulillah syukurrr nikmat...

Aku saje je nak bagitau yang minggu ni aku betul2 murah rezeki :) suka-suka ajeeeeee