Mulanya Disini.....

Wednesday, June 19, 2013

Rindu arwah bapa...

Lama dah sebenarnya nak tulis tentang ni..tapi bila mengadap pc
otak jadi beku idea pulak terus hilang..
Hujung minggu yang lepas merupakan hari bapa...
dan masa tu juga merupakan birthday my 2nd kakak..
ramai yang up status ucap happy fathers day dalam fb..
dalam blog ..instagram..twitter barangkali... aku tengok sepintas lalu..

sedih okey! tapi malas nak layan perasaan sedih..
yela sana sini meluahkan rasa sayang pada bapa sendiri..
tapi aku? dulu sekarang dan selamanya aku tidak akan dapat
meluahkan rasa sayang aku pada bapa sendiri..
tidak pun sempat untuk meluahkan secara berdepan dengan bapa...

aku sebenarnya tidak pandai mempamerkan rasa sayang pada mama bapa,
dan adik beradik walaupun aku sebenarnya sayang mereka semua..
bagi aku ..kasih sayang tidak semestinya ditunjukkan dengan perbuatan..
entah aku sayang semuanya tapi aku sendiri pun tak tahu kenapa aku jadi camni...
aku tidak seperti adik beradik ku yang lain...kalau mama sakit kerisauan ditunjukkan
secara terang-terangan...mebi aku sorang yang cool...
dalam hati hanya tuhan yang tau...tapi itu la aku...

kenangan yang paling tidak dapat aku lupakan...
aku berdebat dengan arwah bapa..masa tu kami
menanam semai padi di sawah...aku memang terkenal
dengan sikap yang tidak suka mengalah..tak kisah la dengan siapa...
so kami debate pasal politik..arwah bapa dengan Umno Bn nya..dan masa
tu aku dengan DSAI ku..hentam sajala betul ka tidak..
fakta mana aku amik aku hentam sajalah..

malamnya bapa sakit n warded..tekanan darah naik..
kiranya hypertension la...dok kasi nasihat kat mama..
jangan buat bapa tertekan n jangan buat benda yang menaikkan rasa marah bapa...
then bapa berterus terang yang dia sebenarnya sakit hati dengan aku sebab
tak pandai mengalah..jahat kan aku??
mama bagitahu aku, lepas ni buat tak tahu je kalau bapa bawa lawan cakap...

start dari hari tu..aku dah x mau lawan cakap..
bapa selalu memulakan debate tapi aku buat dunno ja..
jawapan standard aku " biar la diorang tu"
mungkin bapa bosan dia cakap kat mama...
" boring la takda siapa yang mau debate sekarang ni "
ternyata aku rindu saat-saat dahulu..
kadang2 buat aku menangis sendiri... huhuhu

Masih jelas terbayang saat arwah bapa sakit tenat..
masa tu aku kak aku dengan mama di hospital..
terngiang-ngiang arwah bapa mengucap kata maaf kerana menyusahkan
kami untuk menjaga bapa di hospital...aku diam...kakak menangis..
mama pun sama...aku diam diam diam...aku tak ingat aku menangis..
yang aku ingat aku bersms dengan abang angkat aku ketika itu
aku bergayut bukan kerana aku happy..tapi kerana aku sedih..
dengan dia aku luahkan kerisauan dan aku menangis..

Pagi sebelum arwah bapa meninggal , bapa teringin makan sunkis, pulut panggang dan anggur,
pusing-pusing mencari 2 benda tu dapat dibeli sunkis dan anggur..
pulut panggang x ada...terpaksa balik bila balik2 terima call untuk bawa balik
makanan yang dipesan walaupun kami tengah usaha mencari pulut panggang...
sesampai d hospital..bapa makan beberapa biji anggur dah bahagi-bahagikan
buah anggur yang lain untuk yang datang melawat...masa tu dah start sedih

Lepas tu aku ikut a.hamza balik ke rumah untuk tukar pakaian..
asalnya plan tukar baju n nak jaga bapa d hospital malam tu...
sebabnya suda seharian baju tak bertukar dan tak mandi...
siap mandi online untuk beritahu kawan-kawan supaya doakan kesihatan bapa..
masa tu juga kak aku balik2 call tapi x lepas...nak bagitau arwah bapa xda..
depa call auntie umah sebelah..
aku offline dan masa tu juga tepon rumah berbunya...
duan call...masih terngiang-ngiang dalam telinga..

"anim..anim...anim..."
mungkin dia x sampai hati bagitau..

aku jerit sekuat hati...auntie amik phone n bercakap..
masa tu aku dengar auntie kata Innalillahiwinnaierajiun..

masa tu juga aku menjerit dan terduduk..aku bagitau adik-adik aku..
masing-masing menangis...

auntie Nor la yang bawa kami ke hospital masa tu..
dalam van tu adik menangis-nangis dan aku suh diam..
aku kata kat depa..jangan menangis tolonglah..
macamana auntie nak tenang kalau korang camni...
pas tu memasing diam...

sampai hospital lama...ramai dah sedara menunggu depan pintu masuk..
keluar dari van aku dah memang tak boleh berdiri dah..
orang yang papah aku n peluk aku masa tu masih aku ingat..
sepupu aku Jia...thanks yah kasi aku semangat masa tu..
duan pun ada suh aku bersabar..aku macam tidak percaya
17 okt 2001 bapa meninggalkan kami semua....

Lama juga perasaan aku pulih..
mujur semangat masih kuat...
kadang-kadang cemburu lihat kawan-kawan yang masih berbapa..

Kalau bapa masih ada..aku akan peluk bapa..memohon kemaafan
atas segala sikap kasarku selama ini...ya aku degil, aku kuat melawan :(
rindunya dengan bapa....

pa kami sayang bapa.....muncul la selalu dalam mimpi ku...

Al-fatihah...





No comments:

Post a Comment