Mulanya Disini.....

Wednesday, June 12, 2013

Timbulnya pelangi selepas hujan...




Selalu kita sebagai manusia mengeluh sakit..
Selalu meratapi dengan ujian dan dugaan yang mendatang..
Melupuskan semangat untuk terus hidup..
seringkali terasa bersendirian,terasa tidak ada sesiapa disisi..
dan tidak ada apa-apa lagi dalam kehidupan...
yang kelihatan hanyalah jalan suram dan gelap..tanpa kita terus mencuba 
untuk melepasi kesuraman dan kegelapan dihadapan...

Amarah dilepaskan kepada Tuhan..kecewa dengan apa yang tercipta untuk kita..
menyalahkan takdir dengan apa yang telah berlaku pada kita..
lantas kita hilang pertimbangan hilang la jua keimanan...
jalan pintas tersedia dihadapan..hilang la pertimbangan yang waras..
kematian juga yang dipilih...

Manusia seringkali lupa dan tidak pernah untuk berfikir..
mengapa sebenarnya Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa suburkan tumbuhan selepas kemarau?
Daripada kemarau tumbuhan yang semakin layu apabila disirami hujan..maka suburlah ia...
Indah kan aturan tuhan?

Kenapa hujan juga tidak berpanjangan..seperti panas yang tidak disangka sampai ke petang..?
Mengapa harus ada siang dan malam...
Mengapa harus kita kehilangan sesuatu kerana sesuatu?

Kerana..........TIDAK ADA KEMANISAN TANPA KITA MERASAI KEPAHITAN..DUGAAN DAN RINTANGAN YANG MEWARNAI KEHIDUPAN..UNTUK PEROLEH KEBAHAGIAAN PERLUKAN PENGORBANAN..SETIAP KESENANGAN JUGA ADA HARGANYA...

Seperti Tuhan timbulkan pelangi selepas hujan...








No comments:

Post a Comment