Mulanya Disini.....

Wednesday, February 16, 2011

Masih ka kau ingat?

Masih ka kau ingat? Ya aku akan ingat sampai bila-bila pun even hingga ke akhir hayat aku, akan ku ingat van putih ini...Bagai disentap jantungku..sesak terasa nafasku..5 tahun telah berlalu dan tanggal 16.02.2011 bersamaan hari Rabu van ni telah dihantar ke perkarangan rumah keluargaku...

Sedih pilu dan gembira bercampur baur..mungkin van putih ini bagai tiada nilai untuk orang lain tetapi amat bernilai dan berharga bagi keluargaku...bapa ku seorang bekas prajurit, terpaksa berhenti kerja kerana tanggungjawab sebagai seorang anak sulung selepas kematian adiknya kerana kemalangan..dan selepas berhenti kerja bapaku menjadi pemandu van (milik sendiri) ..emak ku pula seorang peniaga kuih...

Sumber rezeki keluarga kami pada ketika itu semuanya berpunca dari pendapatan bapa aku dan pendapatan meniaga kuih-muih oleh emak aku...Ya..kehidupan semasa arwah bapa masih ada agak mewah sedikit (sebelum kegawatan ekonomi) kebetulan ketika itu hanya beberapa orang saja yang mampu memiliki van....dengan van putih ini la juga kami kesana kemari pergerakan pun mudah ...Kenangan paling manis aku dengan van ni bila mana arwah bapa mengajar kami memandu dipadang SRK Merampong...teringat ketika turn aku selepas kakak aku , bapa mengajar aku start kereta..masuk clutch..lepas perlahan balance dengan minyak..beberapa kali percubaan aku gagal sehinggala aku cuba untuk kesekian kalinya dan akhirnya berjaya...."bangga" dengan peluang yang diberikan...selepas puas pusing padang bapa ajar pulak untuk reverse...part ni paling kelakar...aku punya reverse 360 darjah punya pusingan..bulat aje ahahahah ingat lagi kata bapa "long..ko bawak la sampai puas" aku memang xcited coz kakak aku tidur di belakang :)

Sehinggalah ketika arwah bapa jatuh sakit...pekerja bertukar ganti dari si polan dan si polan seterusnya si polan....dari situ juga berbagai ragam dan perangai pelik yang dapat di lihat..ada yang jujur ada yang tidak jujur..semestinya kita tahu itu adalah lumrah kehidupan tapi kenapa sanggup mengambil kesempatan di atas kesempitan? tidak adakah sekelumit perasaan belas kasihan dengan kami di ketika itu? Rules masa tu setiap driver van hendaklah menghantar van ke rumah selepas kerja dan hasil di berikan kepada majikan....tapi korang nak tahu..berhari2 dan berminggu duit x dihantar..then bila hantar berapa ratus aje pendapatan logik ke??? sedangkan dalam sehari boleh mencapai rm200? untuk seminggu sudah tentunya rm1000 paling sedikit pun rm800.00 ini tidak pendapatan seminggu kadang2 rm200-400 sungguh tidak bertimbang rasa...

Ada pula driver yang menggunakan van ni untuk kepentingan sendiri..menggunakan van ke ranau untuk meniaga sayur TANPA KEBENARAN dan kerosakan kami yang tanggung....memberikan kebenaran kepada driver lain untuk memandu TANPA KEBENARAN kami...memandu van ini selama beberapa bulan tanpa satu sen pun pendapatan diberikan kepada kami....Bapa dan mama seorang yang sabar...dalam segi hal mereka memang tidak berkira tapi bila orang dah mula pijak kepala..sabar itu ada batasnya............
Semasa arwah bapa meninggal..van putih ini di bawa oleh orang2 yang berkenaan..beberapa bulan juga kereta ini tidak di perkarangan rumah tapi 1sen duit pun tidak diberikan kepada kami...tidakkah kau tahu MAKAN DUIT ANAK YATIM ADA LAH HARAM DAN DOSA BESAR???? LUPAKAH KAU??

Apapun itu semua dah lama berlalu...aku rindukan van putih ini...van ini mengingatkan kami adik beradik dengan arwah bapa..thanks bapa kerana terpaksa bersusah payah membesarkan kami..Kami tidak pernah merasa malu mempunya bapa seorang pemandu van...you are the best hero for me....Semoga bapa termasuk dalam golongan orang2 yang beriman amin..al-fatihah


No comments:

Post a Comment