Mulanya Disini.....

Wednesday, January 23, 2013

2012...

2012

Sebetulnya sudah duapuluhtigahari kita meninggalkan tahun 2012...
yang pastinya banyak benda yang berlaku dalam tempoh itu
ada yang baik ada yang buruk...tapi syukur masih bernafas di tahun 2013...

Sedih di masa lalu biarla dilupakan dan terus menjadi sejarah..
apa yang pasti kehidupan harus diteruskan...
sesakit mana hati, sesusah mana hidup..berusahala untuk keluar semua dari permasalahan itu...

2012...banyak benda yang berlaku pada aku...
Air mata kadangkala mengalir tanpa sedar , pengubat segala kesakitan..
Hati? kadangkala berbicara sendiri ...
menahan perasaan amarah yang tidak diketahui apa puncanya...
stress mungkin...?

Yang Buruk...
Terdengar suara sana-sini mempertikaikan tentang aku.
yang tidak bekerja dan masih tinggal bersama mama..
kenapa? salahkah aku bersama mama sendiri?
kadangkala susah menjangka perangai orang sekeliling..
Cemburu?..tika itu aku tiada apa-apa...

Tanpa transport...tanpa pekerjaan..tanpa apa2.
Yang ada cuma kedai kecil punca pencarianku..
Yang ada kepenatan setiap sabtu meniaga makanan...
Apa lebihnya aku sampai sanggup menjatuhkan aku?

Aku dapat tahu ada bangsa yang mahu menjatuhkanku dari orang lain..
apa yang aku buat semuanya tidak kena dimata mereka..
di depan baik di belakang macam haram...
tapi aku abaikan..terserah kamu untuk terus memperkatakan tentang aku
just ignore...malassss....

Bulan puasa aku buka tempahan membuat biskut..
berbekalkan modal yang cuma seberapa...alhamdulillah aku mampu meraih
sedikit keuntungan...proses penghantaran sangat sukar disebabkan tiadanya kenderaan...
siapa yang sudi membantu?
aku terpaksa menghantar tempahan dengan menaiki bas...kesian kan?
tapi tak apa....selagi mampu bertahan bertahan..

yang manis...
raya tahun ni amat bermakna bagi aku..
kenapa? biarlah aku simpan semuanya dalam memori ...
syukur ya Allah....(family mesti tahu kenapa?)

Setelah bersusah payah..menumpang orang kemana-mana
bila mana orang tidak senang bila terpaksa menumpang kereta..
syukur aku sudah mampu memiliki kenderaan sendiri...
dengan berbekalkan 9k aku mampu bayar down payment untuk saga FLX 1.3..
takpa 1.3 pun bukan semua orang mampu..yang penting aku mudah ke mana-mana..
syukur Ya Allah atas rezeki dan kurniaan mu...

23.10.2012 aku interview keja di pi1m...seminggu lepas tu aku dapat jawapan
walaupun kontrak tapi syukurrr aku berjaya dapatkan pekerjaan...
Alhamdulillah...alamdulillah...syukurrrr...
ini pembuka jalan untuk aku terus bekerja....

dalam masa itu pun..masih tidak puas2 orang mengata pasal aku..
tak keja orang cakap
takda keta orang cakap
ada keja orang cakap
ada keta pun orang cakap..so? apa perlu aku buat??
diam itu lebih baik...... :)










No comments:

Post a Comment