Mulanya Disini.....

Thursday, September 30, 2010

Msg dia d saaaaaanaaa...

Layan jap aja.. now baru dapat sayang.. sepanjang hari di umah dgn MEM dan N*** serta uncle di sini.. esok tak tau lagi. sabar sayang..<-----ni jer yang dia send kat aku.......


Aku dah lega sikit walaupun itu aje yang dia send kat aku ...at least ade gak dengar khabar kan sayang....tq dear sayangggggg abang

Wednesday, September 29, 2010

i hate scotland!!!

Mengapa perlu ada scotland dalam peta dunia...kenapa x satu negara je ade kat dunia ni..biaq jauh mana sekalipun dia akan ada d mesia aje and aku x perlu worry sangat tentang dia...

Scotland merampas kebahagiaan ku seketika!!

Hujan......

Hujan yang turun bagaikan mutiara....dari petang tadi asyik hujan jerk..confirm tido malam ni sure nyenyak gile..lepas tu esok pagi bangun lewat..pas tu tak jadi ke pekan pas tu banyak benda yang x dapat buat pas tu bla bla bla membe,bel pula..sepatutnya bersyukurrrr la hujan tu kan rahmat tuhan heheheh

Sampai ke saat ini ..dari tak hujan sampailah hujan turun macam sekarang ni ,entah2 sampai berhenti hujan keesokan hari berita yng aku tunggu2 masih x dapat..hissy mengalahkan menunggu result interview jerkkkk....huh jantung dug dag dug dag..berpesta macam malam pesta muda mudi...

Korang pernah rasa tak ada handphone canggih2 e75 gitu, tapi dari 2 hari lepas tak ade incoming calls,takde msg and langsung tak ada apa2 bunyik?? nak kata rosak aku tengok full je line battery pun tak kong ciss

Mana dia ni....aku rinduuuuuuuuuuuu

Diam...

Kenapa la dia diam jer..kalau nak kira dah 2 hari menyepi tanpa berita...kat facebook takde..kat ym tak ade sms pun idak..hurm aku mula terfikir awat dia diammm aje ..takan kat situ tak ade internet...mana mungkin la sebabnya tahun lepas puas aje kitaorang chatting...cheh ntah2 ade hal lain..ni yang buat aku risau ni cissss.

Aku dah start nak marah lah ni...macamana nak sabar kalau macam ni..bila aku marah dikata pula x sabar..hisssy tau tak penantian itu suatu penyiksaan!! takan tak paham2 lagi hissssyyyy sakit hati aku neyyyy....

Aku gerammmmmmmm......

Rinduuuu

Hari ni hari ke-3 dia jauhhh meninggalkan aku..tapi satu khabar pun dia x send kat aku. Kenapa erk? aku tertanya2 juga kenapa n mengapa huh~~ seperti menunggu buah durian yang tak gugur..kecewa siot!

Never mind la yang penting dia still ingat kat aku..kepercayaan n kejujuran amat penting dalam perhubungan kan..tapi aku ni kadang2 emo jugak, kalau jeles yang kenanya dia..kesian dekat hubby aku sorang tu..erm nak buat macamana, aku jeles kat dia rupanya dia jeles kat aku jugak heheh ok lah tu..ops terlebih suda....

Biasanya awal pagi macam ni dia akan call aku..maklumla hubby aku ni rajin sangat g subuh kat surau heheh (ada udang di sebalik mee kari) so he will call me before and after sholat...e2 yang aku suka sangat ni....e2 lah rutin dia hari-hari..tapi sekarang...sedeyyyy okeh!

Tuesday, September 28, 2010

Satu pagi......

Satu pagi....aku terdengar sesuatu yang sangat merobek dan melukakan hatiku...bagai dihiris dan disiat2 lantas terus dicampakkan ke dalam gaung yang dibawahnya penuh dengan duri2 (ayat bangang!) sebab tak tau nak xplain macamana :( ....

Umpatan-umpatan yang merubah segala perilaku ku..membuang segala rasa yang ada....biarlah,tuhan maha mengetahui mungkin ya aku bukan siapa2 bagi kamu...tapi kamu juga tidak layak untuk mengata aku sedemikian rupa...TQ itu saja yang mampu aku katakan...aku tidak akan berpaling lagi..

Aku tidak akan sekali-kali menyusahkan kamu..biarlah aku dengan duniaku..usahla kamu mencampuri segala urusan ku sakitku..kedukaanku dan segala kepahitan yang aku alami biarlah aku sendiri yang menanggungnya...Buanglah aku..aku sudah tak kisah...aku memang tak bermakna untuk kamu semua ..sampai ketikanya aku akan pergi juga meninggalkan kamu jauhhhhh disanaaaaaa....

Setiap cerita dijaja sana sini..aku digelar macam2 ...aku sudah tak kisah kata la aku jaja no2 katala aku perampas kata lah aku berkuasa kata la aku monopoli semuanya kata la aku macam2 aku tak kisah terima kasih atas gelaran2 yang diberikan aku tidak mampu untuk menganugerahi apa2 pangkat aku hanya mampu berterima kasih kepada kalian semua...

Kesabaran ada batas..nampaknya hal semakin parah..lagi2 bila ternampak sesuatu nota di atas kertas yang memang ku tahu siapa penulis dan penerbitnya..pukul lah , hentamlah aku..aku akan cuba merelakan..tetapi apa yang berlaku selepas itu just wait and see....

Aku tidak akan sekali-kali memaafkan orang yang pernah menyakitkan samaada mental atau fizikal aku, orang2 yang memfitnah aku....

Terima kasih dengan apa yang telah kamu lakukan padaku....kesengsaraan aku kegembiraan kalian thanks sekali lagi......

Mana la dia ni....

Mana la dia ni...sampai sekarang tak bagi apa2 msg lagi ..sudahlah aku tengah tension gila ..bertambah2 ketensionan aku...huh!!! aku memang sakit hati ni....

Dari kecil aku selalu disakiti tak kiralah mental ke fizikal..kenapa korang tak puas2 menyakiti aku..nak memukul aku?? kenapa?? korang ingat badan aku ni tunggul pokok ke yang tak merasakan kesakitan? Nak aku cerita kan kisah hisup aku yang masih jelas terakam dalam memori otak aku?? Bagaimana aku di dipukul teruk sedangkan bukan salah aku? kenapa mereka-mereka tidak menerima hukuman seperti yang aku rasakan?

Aku bukan nak mengaibkan atau membuka pekung didada..tapi selama ini apa yang berlaku orang sentiasa akan kata "ala dia tu patut kena,sebab memang jahat" "ala dia tu memang jahat" "padan muka biar kena ..supaya sedar sikit" apa korang ingat aku x tau segala umpatan2 itu? Siapa kamu untuk menilai aku?

Aku tak mengatakan diri aku yang terbaik..tapi kenapa sentiasa melihat keburukan orang hinggakan tiada satupun kebaikan yang terlihat....