Mulanya Disini.....

Wednesday, March 13, 2013

Teman...

Baru ja sebentar tadi terima call dari kawan lama yang ku kira agak lama tidak bersembang
dan berjumpa...Agak terkejut sebenarnya, tiba-tiba ja kenapa?

Bukan tak suka cuma terkejut..tertanya-tanya pun ada..
owh rupanya ingin menghantar kad jemputan..
haih sekali lagi terkejut...ingin menamatkan zaman bujang kah?
ooowh rupanya untuk adiknya.. he he he ....

Temanku datang ke office untuk menghantar kad jemputan...
eh terasa malu pun ada...kenapa agaknya aku malu?
mungkin kerana penampilan diri tidak sehebat dia...

Dari jauh aku nampak dah sang viva berwarna biru milik temanku...
Alhamdulillah tak semena2 terkeluar dari bibir ku...
temanku dah bertudung...syukurrr...lebih manis dan ayu..
khabarnya dari raya haji dia dah mula berhijab..
dan mendalami agama ....

tak sempat berborak panjang kerana dia agak sibuk untuk menghantar
kad-kad jemputan perkhawinan adiknya..
rindunya ingat masa lalu dengan dia...

perkenalan dengan dia bermula semasa kami sama2 mengikuti kursus di hotel perkasa..
sehingga hari ini masih terus berhubung.
thanks teman kerana masih mengingati aku dan tidak melupakan aku..
miss u damn much....

semoga kita sama-sama menjadi lebih baik dari yang sebelumnya..aminnn...Te

No comments:

Post a Comment