Mulanya Disini.....

Wednesday, April 24, 2013

Sedih sangat ..jauh di mata dekat di hati

Sudah beberapa lama aku cuba untuk tidak merasa sedih..bertahan dan cuba untuk bertahan...
sedih bukan kerana apa tapi kerana adik yang ku kira agak rapat dengan aku..
bergaduh kemudian berbaik bergaduh lagi berbaik lagi..sampai kesudah asyik macam tu...

kadang-kadang aku rasa aku ni jahat sangat...aku tau aku selalu melukakan hati dia dengan kata-kata,
aku tau dia terluka..kadang-kadang rasa terhina..tapi percayalah aku langsung tidak berniat untuk
menghina adik aku sendiri..mungkin kerana amarah terluah kata yang tidak sepatutnya...

Tanggal 13hb April..adik ku ann telah selamat menjadi seorang isteri..masa itu hanya tuhan yang tahu
betapa sebaknya rasa hati..ku tahan untuk tidak menangis akhirnya aku tewas juga...
ya air dicincang tak akan putus...carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga...sedih tu jangan nak kata la..cuma terpaksa ku sorokkan dari pandangan orang lain...

Entah la kenapa sebelum tu aku jarang ada mood...mungkin terikut-ikut perasaan sedih kot...
malam sebelum majlis..aku kurang sangat membantu di bahagian dapur...just tengok an di lulur
pas tu aku tidur dengan an di dalam bilik aku...sedih je masa ni rasa macam tak percaya ja ann nak kawen ...

esoknya berjurai juga air mata..aduh masih x leh terima dia dah jadi sorang isteri..huhuhuhu..tapi takpa
still boleh tahan lagi....sampai la ke hari ini...

24 april...ann terbang ke kl bersama-sama mak n adik sepupu..majlis belah lelaki pada 27 ni...
agak terkilan kerana tidak dapat bersama2 dengan depa. kerana komitment kerja...masa ni aku dah..huhuhhu sebak sangat..tme rest aku g beli makanan dekat rahmat..hantar balik umah makan sama2
dengan mama n ann...dah start sedih dah tapi sabar je la...

kul 3.10pm depa datang ke tempat kerja ..singgah sebelum ke airport time ni aku dah memang menangis2 dah haih...kasih seorang kakak dengan adik..sedihnya hanya tuhan yang tahu..dah x dapat nak cakap apa2 dah..

cuma pesan ku...jaga diri baik-baik...jadi isteri yang baik...terus dah tak dapat nak becakap...
bila aku tengok dia nangis menjadi2 pulak aku nangis...aduh...takpalah lumrah dalam kehidupan pun kan...

balik rumah ..aku rasa sunyi sangat..nampak baju dia pakai aku nangis...nampak bekas makanan kami petang tadi aku nangis...tu la bila ada di depan mata x menghargai kan..lepas dah berpisah boleh pulak
ternangis2 ..huhuhu..entahla....

semoga rasa sedih ini akan cepat hilang...sedih betul bila berpisah dengan adik yang agak raat dengan kita...
apapun doaku semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat..aminnn...

No comments:

Post a Comment