Mulanya Disini.....

Monday, January 3, 2011

BAHAGIAKAH PERKAHWINAN HANYA KERANA CINTA???????

Aku terbaca kisah ni kukira sudah agak lama..dan aku tertarik dengan kisah yang disampaikan..Bahagiakah perkhwinan hanya kerana cinta? tepuk dada tanya hati...

Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita,terutamanya yang ingin berumahtangga.Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut,Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana, tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit di kampungnya.

Kerana kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya. Semasa semester 3 dikampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama didaerah Johor Bahru dan juga berdarah keturunan diraja.Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza, namun itu tidakmenghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Ayu yang mengetahui puterinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta puterinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah.Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi pernikahan.Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat menyumbangkan pakaian, langsir,sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.

Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil? Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama..... Tibalah saat malam pengantin..... Mereka berdua pun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, maka berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya jatuh pengsan hingga tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan.....

Dilihatnya seluar dalam yang dipakai..... Aduh! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Ditengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan, "BERAT BERSIH 25KG". Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. ..

Serius sangat membacanya.....

HA! HA! HA! HA! HA!

No comments:

Post a Comment