Mulanya Disini.....

Saturday, January 29, 2011

Macam-macam....

Hidup di dunia ni memang banyak betul ragamnya..macam-macam jenis manusia kita dapat jumpa..ada yang baik, ada yang x baik, ada yang talam 2 muka, ada yang suka tengok kejatuhan orang lain, ada yang suka memfitnah dan paling parah ada yang busuk hati..

Kadang-kadang terfikir dek akal, mengapa Allah swt menciptakan bermacam perangai pelik di dunia ni? kenapa Allah swt tidak menciptakan semua manusia berhati baik..dan pastinya pergaduhan,pertelingkahan dan peperangan tidak berlaku..hidup aman dan sejahtera selamanya..

Kenapa ada manusia yang busuk hati? saya hairan bin ajaib sangat,kenapa suka melihat kejatuhan orang lain..gembira dengan penderitaan orang lain, menghasut orang lain untuk membenci..kenapa? Ingat tuhan tak pernah tidur..ingat tu..tak akan ke mana pun, insyallah..

Orang jenis busuk hati ni, merasa dia baik sangat sampai orang lain semua tak baik..orang lain semuanya salah..Demi Allah saya merasa amat marah bila nampak manusia jenis busuk hati ni..sebab kenapa saya benci?? sebab bila dah busuk hati akan ada lagi sifat yang paling "terpuji" iaitu memfitnah..bila dah memfitnah faham2 sajala..porak-perandalah jadinya...

Kadang-kadang wajah seseorang juga mampu menipu perangai dan sikap disebaliknya..ada yang muka punya baik tapi hati sebusuk2 najis dan bangkai..ade muka nampak jahat tapi hati ya allah baik sangat..means jangan terpedaya dengan ketulusan wajah seseorang..pernah dengar kata ni dari seseorang...

"jadilah spt buah durian kasar d luar halus di dalam..jangan jadi seperti kedondong halus di luar tapi amat kasar didalam"

Manusia boleh berubah, yang penting niat ikhlas dan tekad nak berubah..yang jahat boleh jadi baik..dan yang baik tak mustahil boleh jadi jahat..semua itu bergantung kepada niat..Ada juga yang saya perhatikan bila orang lain membuat kesilapan riuh sekampung..itu ini di tabur cerita..walhal benda tu boleh diselesaikan, tapi itu la namanya manusia yang sentiasa fikir mereka lebih sempurna, padahal 1 apa pun tak ada..lagi satu bab mengata dia no satu walhal kesilapan diri sendiri lebih teruk daripada orang lain...

Saya menulis berdasarkan apa yang saya lihat..bukan sebab saya ni baik sangat,saya ni hanya manusia biasa yang x lari dari melakukan kesilapan..Maafkan saya jika ada yang terasa...mungkin kata2 saya terlalu kasar, ini la kelemahan saya dan inila saya...

Nota kaki: kepada yang busuk hati dan suka melihat orang porak peranda please la..buat dosa aja, penyakit hati tu..hospital oversea pun lom tentu dapat pulihkan..semuanya bergantung dari diri sendiri..so lu fikir-fikirlah sendiri..

sekian wassalam...

No comments:

Post a Comment