Mulanya Disini.....

Friday, November 12, 2010

Rezeki....

Alhamdulillah rezeki aku baik bulan ni...aku nak berjinak2 dengan business online...untuk multipurpose hanger tu alhamdulillah banyak permintaan...setakat ni dah order yang ke3 aku buat....mungkin berkat usaha aku memperkenalkan produk kepada kawan tanpa rasa malu atau segan akhirnya membuahkan hasil....

Cerita nya macam ni setelah lama aku add kawan aku as a frend beberapa hari lepas baru dia accept..then kitaorang start untuk chat..masing2 la bertanya khabar...aku tau dia kat ranau and ada 2 orang anak....so asyik2 chatting terbuka la cerita tentang kerja..aku ni manalah kerja tetap..business kecil2an aje..then bermulala sesi memperkenalkan produk yang dijual..aku pun memang tengah nak cari orang untuk order ke3 ni tak sangka pula memang doy berminat alhamdulillah, aku ajar dia cara nak cari prospek .. semua langkah yang aku ajar dia ikut tup2 dia nak 10 and dia sms aku yang dia dah dapat lebih daripada 10 orang yang berminat nak mendapatkan hanger tu alhamdulillah....bersyukur aku atas apa yang bakal aku perolehi..bukan besar sangat untungnya tapi gembira bila aku dapat menolong seorang kawan dalam bisnes kecil2an ini..tak salah tolong menolong..dia dapat untung anda aku pun dapat sama......itulah biasanya yang selalu dilakukan oleh orang cina....

Berita baik doy bersetuju untuk tambahkan order ke 17pcs alhamdulillah syukur nikmat..so after ni aku boleh amik order lagi dari kak b...dalam situasi ni kak b untung aku untung seccara tidak langsung doy pun untung sama....

Semalam aku call kak b and dia bagitau if dapat join share dengan persatuan ape tu..dia akan dapat harga dengan lebih murah..then time tu dia akan turun kan harga lebih murah lagi supaya kami dapat murah dan jualan lebih berterusan..ok juga cadangan kak b ni :)

Aku dah mula berjinak2 pula dengan bisnes lain..antaranya solar charger yang mana dah 3 orang prospek aku dapat..barang akan sampai selepas raya haji....perfume tengah edit picture..then coming soon baju2 and handbag....doakan aku ye semua....semoga aku berjaya...

Siapa aku bagi mereka??*&^%^

Siapa aku bagi mereka? Hari ni aku "TER" buka satu blog yang menceritakan tentang dirinya...aku tertarik dengan isi-isi yang disampaikan dia..ada part yang buat aku menjadi sedih....Ya memang semuanya ada kebenarannya..Why? Kenapa? tapi siapa aku pada mereka?? Aku bukan la siapa2 ....sedih bila merasa tersisih....tapi tidak mengapa..alah bisa tegal biasa...lebih baik aku sendiri.....

Tuesday, November 9, 2010

Mtest.....

Semalam aku check laman KPM samaada aku dapat tak untuk g Mtest (Malaysian Teacher Selection Test) alhamdulillah ...layak juga aku nak g amik xm 13 nov ni...dapat tak dapat yang penting aku cuba....aku risik2 dengan kawan aku Hasnah Munirah..dia kata ade buku dijual untuk mtest ni..kebetulan esok aku nak g pekan hurmmm baik sekali jalan aje la..buat 3 keja dalam satu masa....

My 1st destination is p pejabat daerah.. cadangnya nak photocopy my sijil2 akademik n minta pengesahan..tak sampai lagi aku singgah kat table Herbalife...minum teh dia 3.50 segelas..baru nak gerak dengar budak tu kata mesin fotostat rosak hurm..call ija rosman nasib baik dia boleh tolong alhamdulillah dia tolong..Thanks God mempermudahkan segala urusan ku di situ...

2nd destination ..pi Millenium cc...print resume..dah la silap print beberapa kali..ciittt rugi rm4.00...siap print n borang dah lengkap aku terus ke post office and hantar ke alamat yang dah diberi...

3rd destination...hantar hanger ke tempat nana...Rm125.00 alhamdulillah rezeki....

4th...call jaid ajak dia g makan.....g makan dengan mama d Riza Bistro..aku ngan jaid makan nasi campur...mama makan soto....lepas tu aku terus ke evergreen beli buku mtest alhamdulillah ada buku tu just Rm17.oo...

5th..ikut laluan pasar jumpa dengan makcik Jainah& suzila..jumpa mama ani salam depa bercerita2 sikit then aku terus ke Mee Woo beli barangan kedai sikit...then dalam kul 3.20 otw back home..x sampai jam 4 aku buka kedai :) rasa macam malas tapi gagahkan juga diri......

Try buat mtest..macam takut pulak..aku berharap ini akan menjadi xm trakhir buat aku krana aku nak jadi cikguuuuu..amin amin amin...
aku bagitau dear pasal ni..dia akan doakan aku semoga berjaya..alhamdulillah dear still loving me..thanks dear......


Monday, November 8, 2010

Penantian suatu penyiksaan...

Saturday-sunday aku demam..maybe aku ni tak cukup rest kot...Sepanjang2 hidup aku, aku rasa masa tu la aku lena sangat tido, bangun aje kepala dah pening.kebetulan anak sedara balik..bising+kecoh semua bercampur..adoyai berdenyut kepala aku..ermmm...masa tu pula ma rebus daging ..mak masak bistik untuk majlis Appy (cousin) termuntah-muntah aku..rasa macam morning sickness pulak muahahah....
Aku sms dear tapi dalam berbelas sms tu dear tak reply satu pun sms..sakit hati aku..kenapa dear menyepi? habis credit ke? dear tak sihat ke..macam2 aku fikirkan pasal dear..entahlah aku semakin risau...risau ditinggalkan.....Sometimes aku tido dalam keadaan yang bersedih.....Ya Allah kuatkan la semangatku.....
Hari ni sehari suntuk dear x on hp..kenapala agaknya....dear dah lupakan aku ke? dear dah tak sayangkan aku ke? mungkin aku yang x mampu menahan emosi tapi entahla....kerisauan sering menganggu fikiran aku......Dear mana dear ni pls....pls on ur hp....
Dapat result KPLI dapat g mtest...langsung tak bersemangat ..dear x send msg ..................dear miss u so much.....

Friday, November 5, 2010

Addicted with a new game....

Lately aku dah tangkap cintan dengan satu game ni...kiranya game ni tak de la terlalu asing buat aku...sebabnya basic tu aku dah memang ade la cuma sampai nak jadi "im the champion" tu takdelah...Korang nak tau tak ape nama game yang aku jatuh cinta ni? Nama game ni POKER pergh..gila siot..kalau dear tau memang dear marah kan dear kan..ala dear just a game bah..kan boring diam-diam d kedai....jangan marah ye dear, kalau dear marah nanti syg stop..promise dear..

Alkisahnye macam ni..budak-budak kampung asyik sebut pasal poker..luar chatting, dalam chatting semuanya dok sibuk pasal chips la,kalah lah menang la..beli chips la..so aku usha bebudak ni..depa ajarlah Emak Muda main poker..oowhhh ghupenya ni macam main kicah2 aje la..ada pia,sun,pa,two kid,pu kid...hurmmm......

Aku ni main sekadar hiburan tau tak de niat langsung nak main judi..tapi sebenarnya memang tak boleh pun huhuhu ni la manusia apa yang kita kata tak boleh itu yang nak dibuat...Aku ni main poker sampai lupa dengan farmville aku...berapa hari aku tak skodeng aku nye farm malas siott..malas sangat, dah kemaruk angau dengan poker..dapat chips banyak2 ade lak orang baik hati tu nak transfer chips ...hehehe aku ni baru la level 10 tak sabar nak naik level..tapi dalam game poker kita beat dulu baru level akan naik..up to you la nak join table besar ke kecik ke ...biasanya aku nak join table kecik2 aje sayang la chips aku tu..penat seh nak meminta orang chips wakakaka gila tol aku ni...confirm dear marah...ampun dearrrrrrr...

Aku rasa sebelum aku kemaruk sangat dengan game ni aku kena stop lah..even aku ni x champion pun..aku kena STOP.......game ni banyak betul melalaikan ...dear sayang akan stop main poker :) ye la tu.....ok lah continue later nak buat gheja sket...daaaaa

Monday, November 1, 2010

Jodoh: Jangan Mencari Terlalu Sempurna...







Bercerita tentang jodoh, biasanya aku akan merujuk kepada mama tentang kawan-kawan lelaki aku...Teringat kata-kata mama bilamana aku menceritakan tentang seseorang yang cuba hendak memikat aku..Mama ada kata, memikat ni umpama memancing ikan..jika umpan itu dimakan ikan maka dapatlah..jika terlepas maka maknanya tak dapatlah..hurmm..memang ada benar juga kata mama..Memikat umpama Memancing interesting...itulah kata-kata orang yang lebih dulu makan garam... :)

Hari ni aku ada terbaca mengenai soal jodoh...cerita memikat dan cerita jodoh..hurmmm jangan mencari yang terlalu sempurna..ni pun kira menarik juga bagi aku....apa yang menarik sangat ye?

" Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan MENDERITA selagi ia masih hidup"

Bgitula juga....

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah ia mula MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya..Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK akan MELUPAKAN selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlali mengharap pada takungannya an janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu...apabila sekali ia retak...tentu sukar untik kamu menambalnya semula..Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba untuk memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..Anggaplah dia manusia biasa..Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya...

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, Mengenyangkan,berkhasiat..mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain? Terlalu mengejar KELAZATAN kelak nasi itu akkan basi dan kamu tidak boleh memakannya dan pasti kamu akan menyesal......

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan..yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu..MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU ..mengapa kamu berlengah> cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...

Terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan KEHILANGANNYA, apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan MENYESAL......

Bila aku baca balik semacam ada kaitan pula dengan aku perghh adakah aku ni seorang yang mengejar kesempurnaan? oh no.....ada kisah di sebaliknya yang terlalu sukar untuk di rungkai....Allah maha mengetahui...Wallahualam



.


1.11.10

Dah masuk bulan baru pada hari ni...rindu sangat dengan dear..sms yang aku send kat dear still pending..aduh aku memang tidak keruan dan gelisah sepanjang hari..kenapa? mengapa? semua itu bermain di fikiran aku....aku jadi risau jika ada apa-apa berlaku dengan dear..maklumlah dear demam teruk kat situ..aku memang tau kalau dear demam tu memang teruk dan berlarutan....semoga dear cepat sembuh...

Kul 5:39pm dear sms aku..alhamdulillah senyuman aku memang sampai ke telinga..berdebar-debar rasa semacam nak menanti suami yang baru balik dari outstation huhuhu...aku rasa bersalah kerana bersangka buruk dengan dear...maafkan aku dear...

antara sms dear...

"abang tak niat gitu..sayang...Abang sayang anim..Berat badan macamana? internet dah on?"

- "Dah on sayang..bill dah bayar rm270 ok...berat badan ok jer anim tengah on diet ni..tengah usaha diet"

Masa ni juga aku mengadu dengan dear..macamana perasaan ku semasa ketiadaan dear..aduh hanya allah yang tahu..aku berdoa semoga hubungan kami sampai ke akhirnya..aku tak tahu macamana nak menghadapi hidup tanpa dia disisi....someone that make me happy all the time...thanks dear...i love u so much