Mulanya Disini.....

Monday, November 1, 2010

Jodoh: Jangan Mencari Terlalu Sempurna...







Bercerita tentang jodoh, biasanya aku akan merujuk kepada mama tentang kawan-kawan lelaki aku...Teringat kata-kata mama bilamana aku menceritakan tentang seseorang yang cuba hendak memikat aku..Mama ada kata, memikat ni umpama memancing ikan..jika umpan itu dimakan ikan maka dapatlah..jika terlepas maka maknanya tak dapatlah..hurmm..memang ada benar juga kata mama..Memikat umpama Memancing interesting...itulah kata-kata orang yang lebih dulu makan garam... :)

Hari ni aku ada terbaca mengenai soal jodoh...cerita memikat dan cerita jodoh..hurmmm jangan mencari yang terlalu sempurna..ni pun kira menarik juga bagi aku....apa yang menarik sangat ye?

" Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan MENDERITA selagi ia masih hidup"

Bgitula juga....

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah ia mula MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya..Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK akan MELUPAKAN selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlali mengharap pada takungannya an janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu...apabila sekali ia retak...tentu sukar untik kamu menambalnya semula..Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba untuk memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..Anggaplah dia manusia biasa..Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya...

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, Mengenyangkan,berkhasiat..mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain? Terlalu mengejar KELAZATAN kelak nasi itu akkan basi dan kamu tidak boleh memakannya dan pasti kamu akan menyesal......

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan..yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu..MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU ..mengapa kamu berlengah> cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...

Terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan KEHILANGANNYA, apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan MENYESAL......

Bila aku baca balik semacam ada kaitan pula dengan aku perghh adakah aku ni seorang yang mengejar kesempurnaan? oh no.....ada kisah di sebaliknya yang terlalu sukar untuk di rungkai....Allah maha mengetahui...Wallahualam



.


No comments:

Post a Comment