Mulanya Disini.....

Friday, February 24, 2012

saya sayang dia..

Yes saya sayang dia..biar apa orang kata itu dan ini saya tetap sayang dia sampai akhir hayat saya...saya rasa hanya Allah SWT yang mampu mengubah rasa sayang saya dengan dia..serously saya tengah bersedih sekarang...hati sedih siapa yang tahu kan...cuma saya saja yang tahu sebab saya yang rasa dan saya yang alaminya...

Saya sakit hati...sakit hati dengan apa yang saya tahu...bila dia kesana sini bukan bersendirian pedih sangat rasa hati..tapi saya terpaksa terima dan kena lalui semua ini...mungkin ini la takdir saya...jangan salahkan takdir dan jangan juga salahkan saya...tetapi apa yang sudah berlaku itu semuanya ada hikmahnya..yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan ,saya juga manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Ya Allah apa yang sudah saya lakukan...berdosanya saya dengan apa yang berlaku...Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini....saya terleka seketika mengikut kata hati sehingga melukakan hati,menyakitkan hati...sungguh ku memohon keampunan dariMu..

Semangat hilang mendengar perkhabaran semalam...sehingga ke hari ni masih belum mampu untuk memulihkan keadaan...tapi sampai bila harus begini..menahan rasa hati yang kadangkala menimbulkan amarah pada diri sendiri dan berlaku pergaduhan yang puncanya sekecil zarah...adakah saya keterlaluan kerana cemburu? owh tidak...kenapa saya harus berperasaan sebegitu sedangkan jalan ini telah saya ketahui sejak dulu...berani meneruskan perjalanan dan membina rumah di pesisiran pantai sedangkan bila-bila masa ombak akan menghempas dan menghancurkan semua yang ada....sampai bila?.....teruskan untuk membina tembok yang tidak setanding dengan tembok china? untuk apa? adakah semata2 mempertahankan sesuatu yang belum tentu akan bertahan....ok saya akan cuba...

Adakah dengan cuba dan terus mencuba akan memberikan hasil yang memuaskan? huh! alangkah sukar nya melalui perjalanan yang masih panjang...berani meneruskan bermakna akur menerima risiko...kalau berhenti pula..alangkah ruginya dengan sesuatu penantian yang bertahun lamanya....

Saya memilih akan teruskan perjalanan...bahagia atau tidak hanya masa yang akan menentukan....Ya Allah permudahkanlah segala perjalananku..aminnn

No comments:

Post a Comment